Duk marking lab repot..tetiber rase alamak..x update lg citer kat blog..nk apdate klu x hati x tenang hehe..ye ke xtenang..padahal duk melencong khusyuk bacer blog ni
nway cte hari tu..
LUKA LAGI.. badan kita ni betul2 bekerja keras bila kita terluka. teringat dulu2 belajar biologi..aku suke sgt topik nih..apabila badan kita luka ataupun terluka..platlet di dalam darah akan mengeluarkan enzim trombokinase (tromboplastin).
Trombokinase akan bertindakbalas terhadap enzim tidak aktif protombin untuk membentuk enzim aktif trombin. tindakbalas ini memerlukan ion Ca2+. Pembentukan protrombin pulak memerlukan vitamin K. So rajjin2 la mkn kubis, bayam salad..kerana sayur2 ini kaya dengan vitamin K dan dapat membantu pembekuan darah.
seterusnya trombin yg aktif tadi akan bertindak terhadap fibrinogen. fibrinogen ni merupakan protein plasma yang larut. Jadi, fibrinogen ni akn ditukarkan kepada fibrin kerana fbrin ni merupakan protein plasma yang tak larut.
Fibrin ni fungsi dia akan membentuk jalinan yang memerangkap eritrosit dan leukosit. Jadinyer terbentuklah darah beku..
Dulu2 aku selalu kesian kat badan aku bila luka,aku xnk menyeksa badan aku dengan tambah workload dorang utk bekerja dengan mengeluarkan jaringan fibrin..aku biar dia tanggal sendiri..tapi kdg2 tgn aku gatal jgk membantu..hehe..dulu2 aku selalu marah adik2 kutih jaringan fibrin (alamak tingginyer ayat..aku tunjuk je..xtahu nk cakap ape) yang terbentuk, nanti kesian kat badan nk kene kje lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment