JaDiKan ALLAH, RASULNYA & SYURGA Yg DIJaNJiKanNYA SeBaGAi MoTiVaSi, NeSCaYa ALLAH TIDAK AKAN MATI & JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN-Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Thursday, February 25, 2010

Peguam Jacko peluk Islam

Bacala ni ek...moga dapat memberi sedikit manfaat dan renungan utk kita semua

Peguam Jacko peluk Islam

Tuesday, January 26, 2010

Kenyang n heppi sgt...

hari ni lunch spesel sje nk abadikan kat blog ni,lenkali blh tgk klu tlupe....kenyangg;p tambah heppi lagi..MB Trg belanje..Thankx to YB Dato' Ahmad Said. Sampai je kat 24H kat area UMT around 12+. Amik mknan n pilih seat..sambil mata duk jeling kat 2 row depan..asal ramai lelaki n perempuan pun ade..oooo maybe dorg ade mkn2 besar ofis wat sambutan kot ni kataku dalam hati...tup tup..aik mcm kenal je baju biru ni...tengok lagi sekali...owh...idris jusoh..terpeleot pulak lidah ni..cakap la kat Alia...n dia ckp Ahmad Said..pastu gatalla mulut ni wat ayt "MB cakap nanti saya belanja sume orang yg mkn kat sini"...pastu kak yana ckp, x mungkinlaa....at the end......kira2..tolong asing yer bil kami bertiga kata kak yana..pastu tukang kira tu ckp, " xpayah, 'dia' belanja sume"...ape lagi amik kesempatanla kitaorg ni, sume 3org minum air suam je, bila tahu 'dia ' blanja minta tambah juss3. hehe..seronok..

bertuah sungguh rasa...kak yana amik ikan bakar, alia sotong n so on, aku plak ayam n kerabu perut..n tiga2 tambah jus buah..paling best kitorg abis je mkn, dorang pun abis jugak. sbb ktaorg dtg tepat pd masa dorang sampai..

Alhamdulillah...rezki

Flatulence ataupun kentut

Rasa ingin tahu jadi search kat wikipedia..

so inilah hasilnya...
kentut...kandungan komposisi gas utama adalah:
i)Nitrogen,N2(20-90)%
ii)Hidrogen,H2(0-50)%
ii)karbon dioksida,CO2 (10-30)%
iiioksigen, O2, (0-10)%
iv)metana, CH4, (0-10)%

kesemua gas ini adlah odorless~tidak berbau...so apekah yg mybbkan bau..??

Mengikut wikipedia.com " The gas released during a flatus event frequently has an unpleasant odor. For many years, this was thought to be due to skatole and indole, which are byproducts of the digestion of meat. However, gas chromatography testing in 1984 revealed that sulfur-containing compounds, such as methanethiol, hydrogen sulfide (rotten egg smell) and dimethyl sulfide, were primarily responsible for the scent."

Sy bersetuju bahawa hidrogen sulfida boleh memberikan bau yang tidak menyenangkan walaupun sulfur sendiri tidak mempunyai bau. tapi saya juga ade terfikir adekah bau itu disebabkan gas ammonia??? kene cari lagi in detail ni..sape ade komen?

Thursday, January 21, 2010

Motivasi yang terbaik..

Kita semua perlukan motivasi, motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan redha dan syurga Allah.

Sebagaimana nabi dan sahabat baginda. Allah s.w.t mencatatkan betapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaan dan syurga Allah dengan firmannya :-

خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ

Ertinya : "tempat penamat yang harum semerbak kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba" ( Al-Mutaffifin :26 )

Lihat Allah s.w.t ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Berlumba-lumba. Manusia sering berlumba bagi perolehi nikmat sementara dunia, harta, nama dan pangkat.

Ingatlah sekaya-kaya Lim Goh Tong yang memiliki billion ringgit wang juga tidak dapat menangguhkannya dari kematian. Tidak juga boleh merasuah Allah s.w.t untuk memberikan kontrak hidup untuk 3 tahun lagi.

Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.

Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari.

Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.

Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.

Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.

JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.

Dipetik daripada-
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Thursday, January 14, 2010

Ku merinduimu..

Rindu...byk maksudnya..Rindu pada Allah..Rindu pada Rasulullah, rindu pada yang da pergi..rindu pada kawan2, teman..macam3 rindu ni yer...Bila di saat dilamun rindu, hati jadi gelisah, tak tenteram..rindunye..aku sebenarnya rindu kat senyuman adikku ini..Ku merinduimu..
I Love U..

think about this..

VERY SHORT, MOST EFFECTIVE AND HOW TRUE...


30 second Speech by Bryan Dyson (CEO of Coca Cola)

"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. You name them - Work, Family, Health, Friends and Spirit and you're keeping all of these in the Air.

You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back.

But the other four Balls - Family, Health, Friends and Spirit - are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it."

WORK EFFICIENTLY DURING OFFICE HOURS AND LEAVE ON TIME. GIVE THE REQUIRED TIME TO YOUR FAMILY, FRIENDS & HAVE PROPER REST.

terima kasih kepada: Assoc Professor Dato' Dr Saharuddin Abdul Hamid

Akhlak Islam pikat Idris

utusan malaysia 14 januari 2010

Akhlak Islam pikat Idris

IDRIS Tawfiq memperoleh gelaran kesarjanaan dari Universiti Manchester dalam bidang sastera, manakala gelaran uskup (paderi besar) dari Universiti Saint Thomas Aquinas di Rom, Itali. Ggelaran tersebut melayakkan beliau mengajar fahaman Katholik kepada pengikut ajaran tersebut.

Namun siapa sangka, individu yang merupakan ketua pusat pengajian di beberapa sekolah sekitar selatan London dan sudah bertahun mengajar mengenai agama-agama utama di dunia seperti; Kristian, Yahudi, Buddha, Islam, Sikh dan Hindu, kini beralih mengajar agama Islam sebaik dirinya mengucap dua kalimah syahadah.

Apa yang berlaku ke atas Idris ini bertepatan dengan ayat ke-25 dalam surah Yunus yang bermaksud: Allah menyeru manusia ke Darussalam (Syurga), dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus (Islam).

Ayat di atas menjelaskan bahwa Allah SWT akan memberikan hidayah (jalan kebaikan) kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Tidak kira status, latar belakang, waima agama anutan nenek moyang mereka sebelum ini.

Hakikatnya, ayat tersebut layak disematkan pada Idris Tawfiq, seorang pastor Roman Katolik dan kini sudah menetap di Mesir.

Idris bergelar mualaf setelah mempelajari Islam dan tertarik kepada agama ini sejurus melihat kelembutan serta kesederhanaan sikap umat Islam itu sendiri.

"Dulu saya senang menjadi pastor atau paderi, selain berpeluang membantu masyarakat menerangkan tentang kewujudan kepelbagaian agama dan kepercayaan di dunia ini, terutamanya berkaitan agama Kristian.

"Namun, semuanya berubah apabila saya melihat sendiri kelebihan agama Islam terutamanya menerusi akhlak anak-anak murid saya yang beragama Islam. Yang pastinya, bulan Ramadan menjadi titik tolak kepada tarikan saya terhadap Islam," akui Idris yang tidak pernah menyesal bergelar Muslim meskipun kedudukannya di dalam gereja pada masa itu sudah kukuh.

Hidayah yang diperoleh oleh Idris menyingkap kembali kepada tempoh dakwah Rasulullah SAW, salah satu punca yang membawa kepada pengislaman masyarakat Arab jahiliah pada ketika itu ialah disebabkan kehebatan akhlak Rasulullah.

Kata Idris, apa yang berlaku ke atas dirinya adalah ketentuan Allah. Sungguhpun ramai tidak menyedarinya, namun setiap peristiwa sama ada kecil mahupun besar kesan yang cukup penting dalam keseluruhan kehidupan seseorang itu.

Muhasabah diri

"Ini mungkin disebabkan kita terlalu sibuk dengan rutin harian sehingga tidak berpeluang atau tidak mengambil pusing soal muhasabah diri. Padahal, kita mengakui bahawa keberadaan kita sekarang ini adalah natijah daripada ketentuan dahulu. Bahawasanya juga dengan melihat semula ke belakang akan menjadikan kita seorang yang lebih bersyukur dan reda dengan perancangan Allah ke atas umat-Nya.

"Bagi saya, kenangan Ramadan sebagai seorang Muslim menjadikan saya seorang insan yang amat menghargai setiap yang berlaku di dalam hidup ini. Di samping, dua kali Ramadan yang sempat dilalui adalah saat paling bermakna di dalam diari kehidupan saya," cerita Idris.

Terang beliau, semuanya bermula apabila para pelajarnya yang beragama Islam melaksanakan solat di dalam biliknya. Pertama kerana, bilik itu adalah satu-satunya yang berkarpet dan mempunyai tempat mengambil wuduk.

Apa lagi sebagai pensyarah yang sentiasa menjadikan asas toleransi sesama pelajar walaupun pelbagai agama dan bangsa, sekali gus memberi pemahaman agar semua pihak menghormati di antara satu sama lain.

Katanya, kefahaman beliau tentang Islam tambah mendalam sejak mengunjungi Mesir, di mana beliau melihat sendiri cara hidup orang Islam. Sebelum ini, pandangannya mengenai Islam lebih ke arah negatif.

"Bagi saya, Islam sinonim dengan keganasan, potong tangan, diskriminasi terhadap perempuan dan sebagainya.

"Namun, pandangan itu mulai berubah sedikit demi sedikit, ketika di Mesir inilah. Sebenarnya, Islam jauh berbeza sebagaimana yang digambarkan oleh media barat," jelasnya.

Di samping itu, kata Idris, untuk menyediakan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar, terpaksalah beliau banyak membaca, meskipun ketika itu belum bergelar Muslim.

"Pada masa yang sama, para pelajar di situ memohon kebenaran menggunakan bilik saya sebagai ruang bersolat sepanjang bulan Ramadan. Mahu tidak mahu, saya akur dengan permintaan mereka, ditambah mahu memberi contoh yang baik kepada kakitangan dan pelajar di situ," akui Idris yang langsung tidak terlintas dirinya akan memeluk Islam.

Jelas Idris , itulah cara Allah merapatkan diri beliau dengan agama Islam.

Tambahnya, sepanjang Ramadan, beliau melihat solat lima waktu umat Islam serta yang paling menyentuh hatinya, adalah ukhuwah yang ditunjukkan hasil solat berjemaah dan kemeriahan berbuka puasa.

Sehinggalah pada penghujung Ramadan, Idris sudah mampu untuk membaca sesetengah ayat-ayat yang ringkas walaupun tanpa mengetahui maksudnya. Malah bilik yang sama juga telah digunakan untuk mengerjakan solat fardu Zuhur sehinggalah pada tahun-tahun seterusnya.

Cerita Idris lagi, pada Ramadan berikutnya, beliau telah mengikut para pelajar Muslim itu berpuasa walaupun dirinya belum Islam.

Pada awalnya sebagai membuktikan rasa perpaduan di antara mereka. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, beliau akhirnya mengucap dua kalimah syahadah.

Ayat al-Maidah

Dari saat itu, Idris mula mempelajari al-Quran. Ia membaca ayat-ayat suci daripada terjemahannya. Dan ketika membaca ayat 83 surah al-Maidah, dirinya kaku dan hatinya tersentuh. Secara tiba-tiba, beliau menitiskan air mata.

"Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (al-Quran). (al-Maidah: 83).

Idris semakin serius mempelajari Islam. Bahkan, ketika berlakunya peristiwa 11 September 2001, timbul juga kekhuatiran pada peringkat awal tetapi keyakinannya terhadap agama Islam mangatasi apa yang digambarkan media. Ditambah pula dengan pengalaman ketika di Mesir, yang menguatkan kepercayaan Idris kepada agama Islam.

Pertuturan Idris yang lembut sikapnya yang sopan turut membuatkan masyarakat mesra dengan beliau. Gaya berbicaranya juga baik , sangat sederhana dan lemah lembut menyentuh hati. Beliau kini giat berceramah dan menulis buku tentang keindahan Islam.

Idris menyampaikan ceramah di berbagai-bagai tempat dengan satu tujuan - menyebarkan dakwah Islam. Beliau juga banyak memberikan bimbingan dan latihan penulisan serta berpidato untuk siswa maupun orang dewasa.

Kesempatan itu digunakannya untuk mengajar orang lain, termasuk menjelaskan Islam pada dunia Barat yang majoritinya bukan beragama Islam.

Idris juga dikenali sebagai penulis. Tulisannya tersebar di berbagai akhbar, majalah, jurnal, dan laman web di London. Ia juga menjadi penyumbang kepada laman web www.islamonline.net dan www.readingislam.com

Tuesday, January 5, 2010

Bila pandai parking tapi xreti nk keluar...

al-kisah pas perhimpunan pagi tadi..agk malu jgk...sebenarnya ape yg aku buat masa nk kuar parking da btl, cme aku teragak2 kete kat depan aku tu aku boleh lepas ke x...yela mata aku ckp x lepas..lagipun kete tu berada dekat..aku curiga la..x pasal2 kang langgar kete org..last2 ade sorg abg datg ckp, ok da lepas..so aku dengan yakin la pusing stereng huk huk..

Monday, January 4, 2010

Bila kita sakit..

Bila kita sakit..sedarlah itu ujian Allah untuk hambaNya..mungkin itu satu peringatan dan tanda kasih sayangNya pada kita..terimalah dengan redha ujian tersebut..wahai hati..belajarlah untuk bersabar..sesungguhnya banyak lagi hamba2 Allah di luar sana yang menerima ujian yang lagi hebat..

Bersyukurlah..kerana Allah masih sayangkan kita, sebb itu diberinya sakit tanda kasihNya..supaya kita tidak mudah lupa padaNya...Mengejutkan hati2 yang lalai..supaya terjaga..

Ya Allah..bimbinglah aku agar aku sampai ke destinasi yang abadi dengan selamat, aman dan beroleh keredhaanMu..